Monday, 18 July 2011

100 Hari Di Dalam Rahim Bonda... ( juz for share )





Sekadar 100 hari yang mampu "Dia" bertahan di rahimku..
Apakan daya andai kehadiran yang dinanti-nanti tidak menjadi nyata..
Apakan daya andai impian dan harapan tidak terlaksana..

Bukan perkara mudah untuk diterima, bila khabar yang disampaikan amat memeritkan. Bagai mimpi bila mendengar kata-kata doktor yang "Dia" tidak lagi berdegup. Dahan mane harus dipaut, tali mane tempat berpegang, andai khabar itu bagai belati yang menikam.

Diam seketika, mencari sedikit ruang untuk menerima. Sekadar anggukan yang mampu diberikan, tika kata2 semangat diberikan oleh doktor. Pandangan kosong pada suami yang setia di sisi. Merah mata suami meruntun jiwa..
Di bahu suami akhirnya tumpah jua airmata. Mimpi apakah ini? Dugaan bagaimanakah lagi?
Genggaman erat tangan suami belum mampu menenangkan hati..
Tuhan.. kami hanya insan yang lemah..
Tiada lagi rasa indah menanti kehadiran orang baru..

"Maafkan bonda kerana tidak mampu membawamu ke dunia ini. Walau setinggi mana sayang & kasihnya Ayahbonda, tidak setinggi Kasih Ilahi padamu.. Hanya 100 hari kau dipinjamkan pada kami berdua. Betapa kami sangat2 teruja menanti kehadiranmu.. Tetapi takdir Ilahi melebihi segalanya..
Dikaulah buah cinta Ayahbonda...
Kaulah kesayangan Ayahbonda...
Moga Kaulah jua tangan yang akan menarik Ayahbonda ke SYURGA..
Pemergianmu...Kami PASRAH & REDHA..."

"Ya Allah, aku hanya insan yang lemah. Kurniakan aku kekuatan. Berikan aku ketabahan. Aku pasrah dengan takdirmu. Andai ini adalah yang terbaik buatku, tenangkanlah hatiku dlm menghadapinya. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan kesedihan itu. Berilah aku kekuatan Ya Allah.. "

Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA."
(HR. Ibn Majah & Darimi)

Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka dikatakan kepadanya:
Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga."
(HR. Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku."
(HR. Ibn Majah)

Saturday, 9 July 2011

Assalammualaikum... Doa ku untuk mu...

dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.


Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah
- yg baik dr ALLAH S.W.T dan yg buruk dr diri sendir , AMINi-


()"" ' )
( ,'o' )") 
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Paras Tasik Galilee Terkini

Trendnya naik sedikit. Tapi siapa tahu, bulan depan dan akan datang. Bila2 masa boleh kering..


Terkini:
Laut Galilee
·         Kedalaman penuh = 256 m bawah paras laut
·         Paras tertinggi = 208.9 m bawah paras laut
·         Kedalaman maksima = 256-208.9 = 47.1 m
·         Kedalaman sehingga 18/05/2011 = 256-212.35 = 43.65 m
·         Penurunan sehingga 18/05/2011 = 212.35-208.9 = 3.45 m
·         Black line = level which water cannot be pumped without causing severe damage to the entire water supply


Baru:
Laut Galilee
·         Kedalaman sehingga 01/05/2011 = 256-212.36 = 43.64 m
·         Penurunan sehingga 01/05/2011 = 212.36-208.9 = 3.46 m


Yang Lepas:
Laut Galilee
·         Kedalaman sehingga 13/04/2011 = 256-212.51 = 43.49 m
·         Penurunan sehingga 13/04/2011 = 212.51-208.9 = 3.61 m


Air laut Galilee semakin kering!
Satu program agama TV 9 beberapa tahun lepas yang membincangkan tentang KIAMAT...ada satu ahli panel memperkatakan tentang satu hadis SAHIH (kalau tak silap riwayat Imam Muslim) berkait dengan sekumpulan SAHABAT yang ke laut...dan diberi kelebihan oleh ALLAH SWT...dalam tempoh yang singkat sampai ke sebuah PULAU yang jauh, di situ mereka dipertemukan dgn DAJJAL yang dirantai dalam sebuah GUA...lalu ditanya oleh DAJJAl tentang satu laut iaitu LAUT GALILEE yg sekarang terletak di ISRAEL..."adakah laut itu sudah kering", lalu jawab sahabat "tidak...ia masih lagi ada air"...lalu DAJJAL berkata... "bahawa antara tanda kemunculan DAJJAL ialah keringnya air laut itu (Galilee)"...dan apa yg menariknya ialah menurut sumber yg boleh dipercayai...bahawa sekarang ini air Laut Galilee ini sudah hampir kering...dan dijangka akan kering dalam tempoh beberapa tahun ini..berdasarkan kepada trend pemanasan global pada hari ini. Jadi tidak mustahil segala permasalahan dan krisis hari ini akan terus meruncing...sehingga satu masa di mana akan lahir DAJJAL yg akan menawarkan satu PAKEJ bantuan yang amat menarik...dan selepas itu barulah datang IMAM AL MAHDI... Wallahualam.....