Monday, 18 July 2011
100 Hari Di Dalam Rahim Bonda... ( juz for share )
Sekadar 100 hari yang mampu "Dia" bertahan di rahimku..
Apakan daya andai kehadiran yang dinanti-nanti tidak menjadi nyata..
Apakan daya andai impian dan harapan tidak terlaksana..
Bukan perkara mudah untuk diterima, bila khabar yang disampaikan amat memeritkan. Bagai mimpi bila mendengar kata-kata doktor yang "Dia" tidak lagi berdegup. Dahan mane harus dipaut, tali mane tempat berpegang, andai khabar itu bagai belati yang menikam.
Diam seketika, mencari sedikit ruang untuk menerima. Sekadar anggukan yang mampu diberikan, tika kata2 semangat diberikan oleh doktor. Pandangan kosong pada suami yang setia di sisi. Merah mata suami meruntun jiwa..
Di bahu suami akhirnya tumpah jua airmata. Mimpi apakah ini? Dugaan bagaimanakah lagi?
Genggaman erat tangan suami belum mampu menenangkan hati..
Tuhan.. kami hanya insan yang lemah..
Tiada lagi rasa indah menanti kehadiran orang baru..
"Maafkan bonda kerana tidak mampu membawamu ke dunia ini. Walau setinggi mana sayang & kasihnya Ayahbonda, tidak setinggi Kasih Ilahi padamu.. Hanya 100 hari kau dipinjamkan pada kami berdua. Betapa kami sangat2 teruja menanti kehadiranmu.. Tetapi takdir Ilahi melebihi segalanya..
Dikaulah buah cinta Ayahbonda...
Kaulah kesayangan Ayahbonda...
Moga Kaulah jua tangan yang akan menarik Ayahbonda ke SYURGA..
Pemergianmu...Kami PASRAH & REDHA..."
"Ya Allah, aku hanya insan yang lemah. Kurniakan aku kekuatan. Berikan aku ketabahan. Aku pasrah dengan takdirmu. Andai ini adalah yang terbaik buatku, tenangkanlah hatiku dlm menghadapinya. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan kesedihan itu. Berilah aku kekuatan Ya Allah.. "
Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA."
(HR. Ibn Majah & Darimi)
Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka dikatakan kepadanya:
Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga."
(HR. Ibn Majah)
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku."
(HR. Ibn Majah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment